Tuesday, July 23, 2013

#paku the hamster


Hamster
Name - Paku

Why paku?? 
Paku- watak dalam citer avatar the cartoon. (master paku). Tak sure la pulak ejaan dia macam mana. Tapi sebab aku dengar macam 'paku', jadi aku pon bagi la nama paku. hehehe

Paku ni dah  tua sangat. Tunggu masa je nak arwah. Asyik sakit je. Siap ada tumor lagi. huhu
paku punya manja memang tiada tandingan. Kucing pon tak boleh lawan dia punya manja.
Kalau aku dok menggoreng kat dapur, mula la dia menggigit sangkar dia.

Lagi satu yang unik pasal paku ni, kalau orang usap badan dia, mesti dia tidur. 
kadang-kadang saja aku angkat dia masa tengah tido, pastu taruk kat atas tangan. 
Aku rasa kalau hamster lain, kena kacau je, mesti lari tak cukup tanah.

Boleh dikatakan paku ni yang paling jinak, paling makan tak memilih dan paling comel!
hahaha

Paku tidur atas tangan

Wednesday, July 17, 2013

#Rumbling mumbling about love story


Susah bila berbicara soal hati ni.

Kadang-kadang bila kita rasa suka kat seseorang, orang tu suka pown suka kat kita, tapi ada halangan lain yang datang menyebabkan kita tak boleh untuk meneruskan cinta kita dengan dia.

Macam drama la pulak.

Tapi ini realiti kan?

Ada pulak tu, kawan baik, memang baik, dua-dua kelakar, pandai buat lawak, senang satu-sama lain, tapi fizikal dan material pulak menjadi ukuran, menjadi penghalang untuk mereka naik ke tahap yang serius.

should i  brainwash her brain???

ataupun

Seorang lelaki yang tersangat-sangat in love with this one girl. Niat nak kahwin ada. tapi dia sedang belajar dan belum berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, Untuk itu, dia berusaha untuk memajukan diri, dari setiap aspek, mempersiapkan diri untuk menjadi seorang suami.

The power of love.

or maybe

Seorang wanita yang menolak kehadiran cinta seorang lelaki kerana masih mencari apa itu cinta dan dia terikat dengan tanggungjawabnya dengan keluarganya.

Keluarga atau cinta?

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Maybe i should consider to write a novel during this semester break. Love novel. hahaha

or

mungkin aku ni dah banyak sangat tengok drama.

better be careful

real life tak sama macam dalam drama because it's REAL!

but

because its so real, diorang jadikan drama untuk tatapan dan pedoman semua.

p/s: sorry sapa yang terasa =)


#posto


Penantian satu penyeksaan. Memang terseksa jiwa ni tunggu abag posto untuk hantar parcel ni.
Akhirnya sampai jugak. Apakah??
ni la hobby baru. Online shopping!! hehee 





Tuesday, July 16, 2013

#Abah



Abah orang yang sangat protective. Recently, disebabkan bateri phone aku habis, and malam sebelumnya aku macam merajuk sebab abah tak bagi aku keje untuk sem break ni, dia boleh terfikir yang aku lari rumah. 

Masa mula-mula mama cerita pasal tu, rasa macam kelakar, tapi lama-lama aku sedar yang aku tak patut buat abah risau macam tu. Rasa sedih pun ada jugak. Sedih dan terharu. 

Dengan berat hati aku buat keputusan untuk duduk rumah sem break ni walaupun aku tahu that i will regret with this decision.

status FB
P/s: aku balik lambat sebab ada bengkel motor. Almaklumlah, orang baru nak amik lesen =)

Monday, July 15, 2013

#slow down in life; live, breathe, and learn



“When God knows you are ready for the responsibility of commitment, He will reveal the right person under the right circumstances.”


Saturday, July 13, 2013

#sugar coated


#kindness

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
" Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". 
Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun.