Tuesday, February 19, 2013

HRAT KTP


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Assalamualaikum.

Malam ni rasa rajin pulak nak menaip.hehehe Memang jarang aku nak menaip bila dah bukak semester.
ohhh.hari ni dah hari ke-2 kuliah start. Baru hari ke duaaa~ xD

Alhamdulillah belum dapat any assignment hahahaa. First week ni memang agak senang-lenang sebab amali/practical lab belum start lagi. Jadi setiap petang memang berjimba-jimba la jawabnya. Kalau ikutkan, hampir setiap hari aku akan ada practical lab dari pukul dua sampai pukul lima petang. Memang umphhh la kan! 


Sebelum habis cuti sem haritu aku join menjadi fasilitator untuk Kem Kemandirian HRAT di Lata Jerangkang. Kem ni khas untuk student KTP (Kolej Tun Perak) yang berminat nak join dan amik batch HRAT/menjadi family HRAT. Masa time aku dulu diorang buat kat Ulu Kenas. Memang memori yang tak dapat dilupakan wa cakap luuu..hahaha (HRAT= High Risk Adventure Team)

6 Sebab kenapa Kem Kemandirian HRAT017 ni sangat seronok bagi aku dan merupakan antara memori terindah aku sepanjang menjadi student UPM/KTP:

takkan dapat ku lupakan, takkan dapat ku gambarkan, takkan dapat ku lukiskan, hanya dapat ku kenangkan..lalalalalalalala~
-Kem Kemandirian HRAT 017 Lata Jerangkang-

1. Menjadi Fasilitator. Pengalaman jadi fasi sangat seronok. Aku pown diberi peluang dan kepercayaan untuk pegang slot (aku pegang slot tumbuhan). Fasi yang pegang slot ni bertanggungjawab untuk mengajar peserta-peserta untuk ikhtiar hidup di dalam hutan. 

Aku pegang slot tumbuhan hutan. Tumbuhan-tumbuhan hutan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan dan cara-cara untuk mengenalpasti tumbuhan-tumbuhan ini. Sangat seronok bila dapat belajar benda-benda ni sebenarnya. Lagi seronok bila masa aku cakap tu semua peserta tumpukan perhatian. BAHAGIA  SANGAT!
Mungkin ni la perasaan bila kita jadi cikgu (ke???) 

2. Lagi satu yang best bila jadi fasi ni kita dapat kenakan peserta..hahahaha..seronok tengok diorang kena buli..
(bukan buli teruk-teruk pown. Kena cuci pinggan, kereta dan motor je..hehehe)


3. Campsite kitorang kat Hutan Lipur Lata Jerangkang. Nak ke sana tu kami terpaksa berjalan kaki sejauh 16Km! SANGAT JAUH dan SANGAT PENAT. Disebabkan status aku sebagai fasi, aku tak nak la tunjuk aku ni lemah (walaupun sebenarnya stamina aku ni memang tak kuat). Jadi nak tak nak aku kena la tunjuk aku ni kuat kat diorang walaupun dalam hati ni rasa nak pengsan. hahaha 

Disebabkan kena berjalan kaki untuk pergi dan pulang, badan aku trun 1kg. Berbaloi la jugak..hahaha lagipown kat sana aku tak makan banyak walaupun makanan untuk fasi sangat mewah dan tak kena catu. Peserta terpaksa masak sendiri guna kayu api dan makanan kena catu. ish ish ish kesiiiaaaannn~~ hahaha

4. Pengalaman main kad UNO bersama-sama fasi lain. DAEBAK (bak kata orang korea). Sangat kelakar. Macam-macam gelagat. Walaupun umur dah besar panjang (tahap dah boleh jadi bapak orang) tapi still perangai gila-gila! Terima kasih kepada mereka yang bawak kad UNO ni yang dah memberi keceriaan kepada kami. hahaha

5. Kagum dengan kemahiran-kemahiran rekreasi yang fasi-fasi lain ada. Antara outdoor aktiviti kitorang kat sana flying fox, canyoning, and water confident. Aktiviti-aktiviti ni memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dilakukan sebab kami bermain dekat air terjun dan kena la selalu berhati-hati (SAFETY FIRST). Dan semua aktiviti ni kami sendiri yang pasang (them not me). So, agak kagum la diorang boleh pasang tali-tali dan peralatan untuk menjalankan aktiviti ni dan memastikan bahawa aktiviti ni selamat untuk kami semua. 

Sebab aku sendiri bukan orang rekreasi, jadi aku kagum dengan skil-skil yang diorang ada. Ingat senang ke nak pasang-pasang tali pastu bagi anak orang main..??

6. Above all, aku sangat respect dengan Pengarah program ni yang merupakan presiden HRAT 2012/2013 merangkap MTM Rekreasi Kolej Tun Perak. WHY???

Sebab aku jeles dengan dia. Dia budak hutan (rekreasi), aku budak bio (major). Mostly, apa yang kitorang belajar sama.Tapi dia boleh lagi tau banyak benda dari kitorang sampai tahap dia boleh bagi ceramah kat aku pasal certain plant and animal. JELES SANGAT! Tercalar maruah sebagai budak major bio. hahaha

Satu lagi, sebab dia ni banyak idea. Rajin nak buat aktiviti. hehehe. Dulu rasa sunyi betul Kelab HRAT ni. Tapi since dia dah pegang baru nampak bernyawa sikit. =)


P/s: Gambar sumbang-saran from FB group HRAT by Ku Hafizi, Johari dan Kamil. 

No comments: