Monday, February 4, 2013

Do not repeat your mistake



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi


Assalamualaikum.

Lagi beberapa hari lagi semester baru akan bermula. Bersediakah aku? Ntah la. Mixed feeling. (macam mixed reice tuuu~) macam-macam perasaan ada. Result pown tak keluar lagi. Sabar je la.

Walaupun semester lepas hidup aku boleh dikatakan tunggang-langgang, tapi sebenarnya aku appreciate that time. Sebab aku rasa aku dah tahu masalah aku kat mana and I want to improve it.
3 masalah-masalah yang berlaku semasa semester lepas and I want to improve it:

1. Group work. This one, if i have to rank :1/5. Aku rasa commitment aku dengan ahli kumpulan projek sangat rendah a.k.a sangat malas. Bila fikir balik pasal group assignment ni, rasa macam nak flip table!!! Sebelum ni aku selalu merungut kenapa tak ada orang yang nak lead the group. Semua kena tunggu aku, baru nak gerak. Jadi, aku pown jadi macam diorang jugak. Walaupun aku sedar yang kerja tu kena buat, tapi since no one said what to do and due date stil far far away,  aku pown diam je la. Alkisah, endingnya, last minute punya kerja. Last minute punya kerja memang sangat tidak berkualiti ok. So, this attitude kena diubah! 

What need to be done: Lepas ni tak kisah la group dengan sapa-sapa or sapa-sapa jadi ketua or memang group yang tak berketua, kalau ada group assignment dan kita sendiri nampak group kita tak gerak-gerak buat kerja, kita kena ringankan mulut bertanya 'bila nak start buat' 'bila nak bagi tugas' etc. Bila dah tanya tu, jangan setakat tanya je, tangan, kaki, dan anggota yang sewaktu dengannya kena la mula bergerak jugak. Lepas tu kalau ada ahli group yang macam blur-blur dan tak buat kerja dia, kita kena la nasihat dia DEPAN-DEPAN. Nasihat ok, bukan hang pi maki hamun dia sebab tak buat kerja. Mungkin dia tu jenis yang pelupa, jenis yang bnyak sangat kerja sampai lupa nak buat bahagian dia untuk group assignment. Kita bila dengan kawan-kawan lebih elok jika nasihat elok-elok daripada makai-hamun tak tentu pasal. Bila kita tegur kawan kita elok-elok, dia pown boleh la buat kerja dia dengan berkualiti. 

Jadi kesimpulannya, bila kita bekerja dalam satu kumpulan ni, kita sebenarnya tak boleh jadi ahli pasif. Kerja kumpulannya boleh diibaratkan macam mesin taip. Kalau salah satu huruf bersikap pentingkan diri atau rosak maka, karya yang dikhasilkan tu akan jadi cacat. 
(paham x..???) So, always remind ourself yang kita ni ibarat mesin taip. Walapun peranan huruf 'z' tu kecil, tapi macam mana kita nak eja zebra kalau huruf 'z' tu tak ade..?? 

I really blame myself sebab hasil group work tak berkualiti sebab satu jari kita salahkan orang lain, empat jari kena kita balik..huuhuu




2. Kuat tido dan tangguh kerja/study. Dulu masa zaman sekolah menengah, masa tu form 3, Arwah cikgu Tahir (Guru penolong kanan yang sangat digeruni oleh semua murid-murid dan juga merangkap cikgu sejarah kelas 3 Arif dan 3 Bestari) beliau ada kata, jangan ikutkan nafsu tidur tu. Sudah memadai kalau dapat tidur 4 jam sehari. (dia yang cakap la). Tapi aku, jenis yang kira waktu tido. kalau malam mesti kena tidur 8 jam. Padahal banyak je kerja  yang tak siap lagi. Tapi sebab aku ikutkan sangat 'rasa nak tidur' aku tangguhkan assignment dan ulangkaji. Assignment ok, BUKAN LAB REPORT. Sebab semester lepas aku dah improve aku punya kerja dalam menyiapkan lab report. sometimes, orang tengah berjuang bermati-matian nak siapkan lab report, aku dah boleh tido. (Tido lagi..ish ish ish)

Jarang aku nak study malam-malam atau bila aku ada masa lapang. (sabtu and ahad tu ada la aku baca buku jugak). Kalau dulu (masa sekolah dan matrik) tiap-tiap malam ok. So, masa lapang aku sepanjang semester lepas, kebanyakkannya aku isi dengan buat LAB REPORT.
Kadang-kadang aku rasa macam lab report ni menyusahkan je, sebab tiap-tiap minggu kitorang jadi gila nak siapkan lab report lepas tu sampai tak ada masa nak study dan ada sesetengah subjek tu aku rasa apa yang kitorang belajar masa teori tak tally dengan apa yang kitorang buat dalam amali.

Semester baru ni aku rasa benda yang sama jugak akan berlaku. Amali 4 kali seminggu. Every week kena kejar siapkan dan hantar lab report. 

(obviously) Kurangkan tangguh kerja. Menggunakan masa sepenuhnya. Please no movie until your work is done! Kena banyak bersabar dengan dugaan sebagai mahasiswa dan Scientist in training. (Ya Allah, Permudahkan segala urusanku. Amin)

“It is difficult to be patient, but to waste the reward for patience is worse.” - AbuBakr RA 
-liftmeup- 

3. Social life. Baru aku sedar yang aku ni sangat tak reti nak bercakap dengan orang. susah nak explain. tapi ni pown aku nak improve next sem. Tapi seriously aku sangat bersyukur sebab walaupun semester lepas aku dapat roommate junior (nama je junior, tapi dia lagi tua daripada aku) tapi aku tak rasa kekok. Kawan-kawan dia pown ok je kalau nak cakap dengan aku dan jiran bilik aku, which is junior gak, pown sangat sempoi dah ramah (bila terlalu ramah jadi sangat annoying jugak kan..??) tapi sabar je la dengan perangai dia. 

Diorang otak gila-gila. Huge different if I must compare to myself. 

Kitorang dari kursus dan fakulti yang berbeza. Tapi most of them from the same faculty as I'm in now, Faculty of Science.  Bila makin lama kenal diorang, makin kita tau perangai dan latar belakang dia macam mana. Bila diorang cerita masalah dan macam mana perangai diaorang way back at home, aku rasa cam tergamam, terharu, sedih dan bersyukur sangat dengan apa yang aku lalui dan aku dapat selama aku hidup ni. 

Setiap orang ada cerita dan sejarah masing-masing. Luaran kita tak nampak semua tu, tapi hakikatnya benda macam yang kita tengok kat tv tu dilalui kawan-kawan kita. 
 
I really cherish them. I wish they feel the same too. =)

What need to be done: Jangan rasa takut bila nak bercakap (dengan orang yang baru kenal or more super senior than us). Rileks la, diorang pown manusia jugak kan.  =)
Bersyukur for everything that God gave us. So, kita boleh rasa tenang dan tidak berprasangka buruk pada orang lain. 

"Do not judge other people, for you do not know their pain or sorrows. If you cannot speak a kind word, say nothing at all." - Zakia Usmani


Harap-harap harapan ni tidak tingal harapan saja. =)
 

No comments: