Sunday, February 3, 2013

Spread the positive word


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi


Assalamualaikum.


“You have options. You can either continue to be miserable or you can just accept the way things are.” -Ghost Town (2008)

Baru nampak quotes ni kat twitter. Nice one. Think positive (tapi jangan sampai orang pijak kepala kita).
Sampai bila kita nak bersedih kan. 

Tak ade la nak cite pasal quotes ni nak share kat orang. Spread the positive words, so everyone can be positive. Banyak sangat benda negatif sekarang ni (erk..??). Bukan banyak benda negatif, cuma kadang-kadang kita ni telalu ikutkan perasaan sangat. salah sikit, GADUH, PERANG, PUTUS KAWAN etc... 

Berdasarkan pengalaman aku, kita ni lebih suka lari dari masalah daripada selesaikan masalah (termasukla aku). Memang senang orang cakap ' jangan lari dari masalah' tapi hakikatnya most of us tak tahu nak selesaikan masalah. So, the best way kita selalu pendam masalah kita. Bila sampai satu saat dah tak tahan mula berperang dingin. Orang ni citer macam ni, orang tu citer macam ni, yang sinun citer tang tu.
Lama-kelamaan masalah kecik jadi macam masalah negara. Sapa susah..??

5 cara untuk mengelakkan perang dingin/rasa tak puas hati dengan kawan/sesapa je:

1. Cakap sendiri dekat dia apa yang kita tak puas hati kat dia atau kenapa dia tak puas hati kat kita. Tapi jangan la cakap kat dia macam gangster. Cakap elok-elok dengan penuh tatasusila. (Budi bahasa kan budaya kita) Orang yang cakap kasar-kasar ni macam orang yang tak bertamadun je (erk..??). Kita nak Selesaikan masalah. Bukan nak tambah masalah. Duduk bincang elok-elok.

2. Cerita kat kawan untuk dapatkan nasihat. Ingat ye, UNTUK DAPATKAN NASIHAT bukan untuk cari geng lepas  geram kutuk orang balik (yang ni selalu jugak aku buat..so, sila berubah!!)

3. Jangan menggunakan laman sosial untuk bagitau satu dunia yang awak tu tengah gaduh dengan orang tu.  Malu la siket. huhuu. Ni bukan mencerahkan keadaan tapi makin menggelapkan adala. kalau nak mintak maaf tu boleh la. Tapi lagi elok kalau kita minta maaf face-to-face dengan dia. Baru la nampak keikhlasan kita. 

4. Jangan EGO! Tak elok ego tinggi melangit. Sentiasa rendah diri. Kita ni bukan sesiapa (peringatan pada diri). My cousin ada bagitau yang kita ni jangan selalu mengharap orang lain untuk merhargai kita dulu tapi kita yang seharusnya memulakan langkah untuk menghargai orang lain dulu baru orang lain akan appreciate kita. 

5. Dr. Fadzilah kamsah ada bagitau dalam ceramah dia kat kolej aku dulu yang salah satu cara kita bersyukur ialah memafkan orang lain supaya hati tenang, muka comel, dan mendapat kerkatan. Jadi sebelum tido baca doa pastu maafkan segala kesalahan orang lain. Buat hari-hari. Amalan yang kita buat selama 40 hari berturut-turut akn menjadi tabiat. 






Personally, aku prefer cara yang ke-4 dan ke-5. =) 


No comments: